Sekalung tahniah buat adik Nur Faten Izzati Rablin kerana menjadi johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) kali ke-2, yang telah berlangsung di Melaka kelmarin.
Manakala johan qari di sandang oleh Qari Filipina, Mohamad A Asgar .
Dengan kemenangan itu, beliau bukan sahaja mengharumkan nama Negeri Sabah malah Negara Malaysia keseluruhannya.
Beliau yang baru memasuki umur 19 tahun, menerima wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penyertaan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Sementara itu qari Brunei, Awang Md Zul Hafiz Awang Tengah dan qariah dari Riau, Nurul Hayati Ismail di tempat kedua dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000, plak dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Riau Khairunnas Jamal dan qariah Sumatera Selatan Miftahul Jannah Sayuti yang menerima wang tunai RM5,000 serta sijil penyertaan.
Seramai 38 qari dan qariah dari Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei, Kemboja, Sri Lanka, Australia, Afrika Selatan, Timor Leste, Madagascar, China, Mesir dan Malaysia menyertai tilawah kali kedua itu.
